Kuarantin 2020

 Sejak bulan febuari 2020 negara kita di kejutkan oleh wabak corona virus, musuh yang tidak nampak oleh mata kasar setiap manusia,wabak ini boleh mengancam nyawa tidak kira umur,pangkat dan darjat seseorang itu. Tuhan memberi ujian kepada kita di tahun 2020 ini. Kita perlu tabah dan berusaha untuk menghapuskan rantaian corona virus ini.

Bulan mac 2020 negara kita cuba melandaikan penularan wabak corona virus dengan cara membuat *PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN* (PKP) kepada seluruh rakyat MALAYSIA.dan keputusan yang dilakukan oleh perdana menteri malaysia TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN adalah tepat kerana kita berjaya melandaikan penularan wabak corona virus. 

Pada bulan mei 2020 negara kita di longgarkan perintah dari PKP kepada PKPB *PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT* kerana terlandaikan kes di dlm negara. 

Julai 2020 kerajaan malaysia melaksanakan *PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN* kerana landai nya kes di malaysia. 

 Dan kini oktober 2020 kita di kejutkan dgn tersebar meluasnya wabak corona virus sehingga bilangan jangkitan melebihi 1000 setiap hari. Dan pelbagai kluster baru yang di umumkan TAN SRI NOOR HISHAM selaku pengarah kesihatan malaysia,maka beliau memerintahkan *PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT* (PKPB) 

Dengan ini kita selaku rakyat malaysia,mesti berganding bahu dan memberi kerjasama untuk melawan wabak corona virus yang telah melanda DUNIA. Kita perlu mengamalkan 3 cara seperti berikut. :- 

1- kerap membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan sanitasi tangan. 

2- menggunakan pelitup muka.

3- penjarakan sosial - 1 meter. 

Terima kasih kepada FRONTLINER yang telah banyak berkorban untuk negara. terima kasih juga kepada ANDA yang telah memberi banyak kerjasama,mari lah kita bersama bangkit melawan wabak corona virus ini. 

Pantun 2 kerat:- 

-NAMA SAYA JOHANNA 

JOM KITA HAPUSKAN CORONA 

- PERGI KEDAI BELI BENANG 

KITA MASIH BELUM MENANG 

-JALAN KE BANDAR JUMPA CIK ANI 

TERIMA KASIH BACA BLOG NI. 


#KITAJAGAKITA 

#HAPUSKANCORONAVIRUS 




Comments